Thursday, April 2, 2009

Bila Pemimpin Zalim...

"Ko tak dengar khutbah tadi?," tanya Hadi. "Uhh.. taakk.. Napa?" kata akulak.. Gilo apo, bila masa lak aku nak gi dengar khutbah Jumaat tadi, pompuan mana wajib bai!.. "Ko tau, kat Jerantut dah gempa bumi. Keluar radio dah. Haa, itula tanda-tandanya" sambung si Hadi lagi.. "Tanda apa pulak nih?!" aku dah macam nak hilang kesabaran, walau pun dah makan..

"Tak, camni.. Kan tanda-tanda bila ada pemimpin yang zalim dilantik, akan ada gempa bumi atau asap merah beracun. Salah satu laa. Eeeiii ko tak takut ke? Aku takut dah ni".. explain Hadi dengan panjang dan lebarnya.."Ko sokong sapa?" tambah dia lagi..

"Uhh.. hmm i tak minat aa masuk campur..".."Ishh.. ko tak takut ke?" telunjuk Hadi dah dekat dengan muka aku dah nih..Eii mamat nih, aku kepak gak jari tu kang!.. "Kang dengan kita-kita pun boleh kena tau.. sebab kita yang lantik..Ishh seram aku.." bersemangat betul Hadi..

"Mana u tau dia kejam?" layan aku pulak.. "Dia bila tak suka, semua dibunuhnya, meletup gak aa.. apa yang dia suka, tak kisah la orang punya ke, dia main amik je! Tak ke kejam tu?!" Hadi dah nampak cam unstoppable so aku pun tanya aa,"Mana u tau ni? Proven ke?.."

Ibarat pakai handphone waktu isi minyak, maka meletuplah si mamat nih,"Itulah ko, tak amik tau.. dah heboh dah tapi diorg cover-up.. kambing hitam pun jadik.. kesian betul aku kat kerja makan gaji tu.. dah tuan dia suruh bunuh, dia pun ikut jer laa.. pastu bila ada kes, tuan dia jerat dia balik..".

Aku angguk-angguk je lah.. Kang setuju, lagi panjang citer.. Tak setuju pun panjang gak jadinya kang..

2 comments:

aZeeMaH said...

citer ape ni beb!
heeheheheh

Unknown said...

citer aku stress kena telunjuk kat muka eheheh..

How to still be happily doing houseworks...

It's Sunday. Laundry (wash, dry and fold)-cleaning (living room, bedroom, toilet) and everything else day... Looking at your currently s...